Thursday, 4 October 2012

PENGENALAN PRASEKOLAH NUR KASIH




Prasekolah Nur Kasih SK Kebor Besar ditubuhkan pada tahun 2006.Sepanjang tempoh tersebut sehingga kini dua orang guru silih berganti.Guru Prasekolah Nur Kasih sekarang dikendalikan oleh Puan Ruslina Binti Mohd dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid (PPM) Puan Nor Hasmeza Bt M.Nor.Seramai 25 orang murid yang terdiri daripada murid yang berumur 5 tahun dan 6 tahun.Melaksanakan kaedah P&P berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK) mengharapkan murid prasekolah ini menjadi insan yang berpotensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.Meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif  agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak sejajar dengan objektif dan matlamat pendidikan prasekolah.

No comments:

Post a Comment